Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selamat bertemu....
Lama dah aku tak membuka blog aku ni. Erm, hari ada di libry untuk siapkan tesis untuk bab kedua. Agak penat sikit harini, dari pukul 10.15pagi aku kat sini. Tajuk tesis aku untuk Ijazah Bahasa Arab dan Komunikasi ni bertajuk الغزل الإسلامي في قصائد الحب 'أية-أية جينتا" لحبيب الرحمن الشيرازي.
Agak payah tajuk ni, sebab novelnya dalam bahasa melayu, nak kena tukarkan kepada bahasa Arab, agak merumitkan aku. Walaupun boleh guna abg 'g',beerti google translatelah, tapi tak boleh jugak digunakan sebab, bukannya betul pun ayat-ayat yang ditukarkan tu.
Tidak mengapa berjuang untuk belajar, bermula dengan kesusahan dulu, baru kita senang hati bila dah nampak hasil kerja kita tu..betul tak? begitulah..usaha tangga kejayaan. Sabar, rajin perlu ada dalam diri.. Moga Allah mempermudahkan segala urusan hambaNya yang naif ini.
Baiklah, tak larat nak bebel dah..dah berpinar mata aku ni, asyik tengok my lappy dari tadi lagi..lapar pun ada, sebab aku tak makan tengahari lagi.
Sampai di sini saja coretanku...kengkawan yang layan blog aku, doakan aku dipermudahkan segala urusan.
Terima kasih.
Tuesday, November 1, 2011
Thursday, July 7, 2011
Big Cats
Big cats cool down in the water: tigers and ligers at a zoo in China
Two ligers play-fight in the water at Hongshan Forest Zoo in Nanjing, Jiangsu Province, China
A liger is a cross between a male lion and a tigress
A liger and a white Bengal tiger cool off in the water at the zoo
The area is experiencing a heatwave, with temperatures exceeding 35 degrees Celsius
Three ligers play in the water
A white Bengal tiger plays with four ligers
One liger gives another a nip on the neck
Two ligers play-fight in the water
A Bengal tiger plays with a liger
A liger prepares to pounce
Two ligers play in the water
Two ligers cool down in the water
Tuesday, March 1, 2011
.::.Keajaiban Alam
Kita lihat video dibawah ini, aku amik dari you tube. Para saintis, mereka menemui sebuah sungai yang mengalir di dasar lautan SubhanAllah. Inilah salah satu keajaiban ciptaannya.
Lihat gambar kat bawah ni...mungkin lebih jelas.
"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya,
seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya,
seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam.
Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering
diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. "Ertinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan
surat Al Furqan ayat 53 di atas.
diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. "Ertinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan
surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari
60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daunan.
60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun-daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa
hebatnya ciptaan Allah SWT.
p/s : copy dari emel forward Mahligai Group
Kejadian Alam
Apakah alam semulajadi? Alam semulajadi merupakan persekitaran yang telah terbentuk secara semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, sungai, gunung-ganang, pantai dan pulau.
Kejadian alam ini, tiada siapa boleh menciptanya kecuali Allah S.W.T. Walau sehebat mana pun engkau di atas bumi Allah ini, Dia yang berkuasa atas segalanya. Kita adalah penghuni di atas muka bumi ini, haruslah menghormati, menjaga, setiap kehidupan di sekeliling kita. Bukan setakat hubungan kita sesama manusia, hubungan kita dengan Allah akan tetapi hubungan dengan alam juga penting, bukan sebab apa...kita yang menghuni di bumi perlu menjaganya dengan baik.
Dalam ayat Al-Quran, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai
bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya mula
bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami pisahkan antara
keduanya..? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup..?Maka mengapa mereka tidak mahu beriman. Dan Kami telah
menjadikan di bumi gunung-ganang yang mantapnya, supaya bumi
itu tidak menggegar mereka,dan Kami jadikan padanya celah-celah
sebagai jalan-jalan lalu lalang, supaya mereka dapat sampai kepada
mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami jadikan langit
sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal. Sedang mereka
(yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda
(kekuasaan Kami) yang ada padanya.”
(Al-Anbiya’:30-32)
Friday, February 25, 2011
.::Alam::.
Alam...apa yang anda fahami mengenai alam?...alam barzakh, alam sekitar, alam fana, alam dunia, ALAM SEMULAJADI, alam angkasa...dan segala alam lah..Ada jugak sebut alam CINTA..contoh ayat "aku sekarang berada di alam cinta lah wei"...(lebih kurang gitulah ayatnye yer :)..)
INI ANTARA DEFINISI ALAM YANG AKU PETIK DARI SATU LAMAN --->
alam
- dunia, bumi
Ayat: namanya termasyhur di seluruh alam ; bencana alam bencana yang berlaku di muka bumi (seperti banjir, gempa, dan lain-lain); - segala yang ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yang ada, dan lain-lain)
Ayat: Tuhan menjadikan alam ini dalam masa enam hari; ilmu alam a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (seperti keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dan lain-lain), geografi; b) Indonesia fizik; - lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yang tertentu atau sejenis
Ayat: alam remaja; alam kanak-kanak; alam Minangkabau; alam haiwan; - bidang atau lingkungan kegiatan (minat dan lain-lain)
Ayat: alam persuratan Melayu; alam pembacaan kanak-kanak; alam persuratkhabaran; - Indonesia segala daya (kekuatan dan sebagainya) yang seakan-akan mengatur isi dunia
Ayat: di negeri itu agaknya berlaku hukum alam, siapa yang kuat dialah yang berkuasa; - alam arwah tempat roh-roh
alam baqa dunia yang kekal, akhirat
alam barzakh alam yang tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat)
alam fana dunia yang tidak kekal
alam fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir)
alam nabatah alam alam tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan
alam samar alam barzakh
alam semesta seluruh alam - lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak peribahasa berasa sangat malu sehingga tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi
- merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dan lain-lain), menanggung
Ayat: selama hampir tiga tahun yang lalu, kita telah alam kesulitan ekonomi; - Arab lebih mengetahui ( biasanya dipakai dalam wallahualam ).
- bendera, panji-panji.
Tapi di sini aku hanya ingin meyentuh alam semulajadi yang terdapat di planet Bumi ini....Andai diberikan nafas yang panjang olehNya, aku berharap sepanjang perjalanan hidupku akan sentiasa berterusan menghirup udara segar dan nyaman di planet kita ni. Apa-apa pun kita perlu ada sifat syukur di dalam diri, andai tiada kita perlu adakan ia juga..kerana sifat ini adalah salah satu dari sifat-sifat Mahmudah. Orang tua cakap, siapa yang tak dak sifat ini, mereka diantara orang-orang yang sombong dan bongkak (apa beza sombong dengan bongkak ni ha?) berada di atas muka bumi ini. Jika kita ada sifat terima kasih ini amatlah dipuji akan perbuatannya...panjang pula i berkata-kata, santapan minda sebentar xsalah kan?..
Kembali ke topik.....
Alam semulajadi adalah ciptaan Allah s.w.t yang Maha Bijaksana, alam yang penuh dengan keindahan yang tidak dapat kita hasilkan dengan tangan kita, akan tetapi hanya Qudrat yang Maha Kuasa sahaja boleh menciptakan segalanya.
Baiklah...tumbuh-tumbuhan, haiwan, udara, hidupan laut, itu semua dibawah alam semulajadi. Cuba anda semua wahai kengkawan, berfikir...kalau anda lihat langit di atas apa yang ada rasa?..adakah perasaan itu seperti biasa?adakah anda berfikir sama ada hari ini hujan atau tidak?..ada tak persoalan demi persoalan timbul dalam pikiran korang?.
Subscribe to:
Posts (Atom)