http://harianislam.com/2012/12/27/cara-nak-hilangkan-rasa-sedih/
Masalah datang untuk mematangkan kita, dan juga dalam proses menggunakan akal fikiran yang mungkin kita tak pernah nak fikirkan.
-:SAYANGI DIRI:-
1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku
saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan
pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak?
Kita kena cut connection feeling kita dengan
emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin,
kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda,
cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi
lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara
lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan
disiplin diri.
2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak
baik,
masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada
kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu
menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau,
belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal
3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap
syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat
dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus
sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat
yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap
syukur seikhlas
hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap
jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.
4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan
emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah,
geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya,
meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda
Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak
memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan
kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda
susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda,
yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi
pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri
Anda.
5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar
menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu,
baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu
serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa
secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN
kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?
6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih
dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita
fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.
Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun
perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa
nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi
keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang
baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini
hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.
7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang
tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.
Allah
menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar
dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik
kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau
Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang
baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan
harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak
diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.
8. Jangan lupa ALLAH
Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa
memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.