Wednesday, May 10, 2017

KEHIDUPAN YANG MENCABAR

2017 MEI

Baru boleh nak menulis, kalau tak busy memanjang..

Baiklah, penulisan hari ini lebih kepada emosi.

Emosi yang inginkan perhatian seorang manusia yang kita sangat sayang, ia jadi sangat stress dan tak dapat nak menahan butiran mutiara yang lahir dari mata ini.

Cuba mencari, apakah yang salah dan apakah punca di ayan sebegini????sakit jiwa ini.

Tapi satu saja yang aku pegang, bagaimana sedih pun pasti Allahyang sentiasa di hati. Berdoa, diberi kesabaran yang tinggi, keteguhan iman yang tinggi. Manusia memang boleh buat kita sentiasa sakit hati. Tapi Allah tidak.

Allah tahu hambaNya ini mampu tapi hamba ini terlalu sangat mengharap prihatinnya manusia ini terhadap kita. Apapun dahulukan Allah.

Apa kita rasa betui dah apa kita buat, just teruskan. Jika meruntun jugak jiwa, dekatkan lagi dengan Allah, tatkala inilah jiwa kita akan mengharap hanya pada Allah.

BIARLAH RAHSIA AKU DAN DIA SAJA TAHU.

Pada Dia kita mengadu, sebab kita nak redhaNya dan kita berharap masuk syurganya, walaupun kita x layak. Sebab kita manusia yang banyak penuh dengan dosa,

Wallahua'lam.

#inisajaluahanhatiyangsangatkecewadengansikapmanusia
#savesyria

Monday, January 5, 2015

!AKU NAK KAHWIN~

ALLAH MAHA PENYAYANG...

SETULUS DAN SESUCI KASIH

Aku dulu pernah buat penulisan artikel di UTUSAN MALAYSIA, sebabnya aku praktikal di sana dulu..

Jadi di bawah ini salah satu penulisan yang aku tulis, aku interview seorang di bahagian LPPKN  mengenai perkahwinan, sebabnya Utusan Malaysia ada buat eent GERBANG PERKAHWINAN di PICC PUTRAJAYA.

Jadi banyaklah isu tentang perkahwinan..

BACALAH dengan baik ye!

p/s Alhamduillah...aku pun dah kawin..


Oleh NOOR HAMIZAH ABU BAKAR

PERKAHWINAN adalah cara untuk meletakkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan di landasan yang betul. Ikatan perkahwinan merupakan ikatan yang dibina atas tuntutan agama dan bukan atas kehendak nafsu semata-mata.

Apabila kita perhatikan insan sekeliling bermesra, bergurau senda, dan berbahagia bersama orang tersayang, pasti akan terselit sedikit perasaan cemburu walaupun sekelumit.

Jauh di sudut hati, kita juga berkeinginan begitu. Ada tempat untuk kita berkongsi suka duka, ada tempat untuk meluahkan rasa hati, ada tempat untuk kita bermanja dan mencurahkan kasih sayang.

Penolong Pegawai Penerangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN), Rahmah Othman berkata, terdapat beberapa perkara yang harus diamalkan dalam mengukuhkan perkahwinan, sama ada untuk yang baru melangkah ke alam perkahwinan mahupun yang lama.

"Gerbang perkahwinan ini bukan sekadar melayari mimpi indah. Di dalamnya penuh onak dan duri, adakalanya bahtera dikemudi hilang arah tujuan dan memaksa untuk berteduh dan berlindung.

"Justeru, antara perkara-perkara yang harus dipraktikkan adalah seperti mengamalkan bahasa cinta. Dengan melafazkan kata-kata yang memberi keyakinan seperti pujian, penghargaan, dan galakan kepada pasangan masing-masing.

"Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan "sayang", "I love you", "I missed you" dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada lama atau sekejap, jauh atau dekat.

"Jika si isteri atau suami ingin ke tempat kerja katakan padanya seperti 'sayang, bawalah kereta hati-hati, saya sayangkan awak' dan kata-kata lain yang boleh memberi semangat untuk dia melakukan kerja," katanya.

Rahmah berkata, masa adalah sangat berharga , maka wujudkan masa ceria bersama pasangan seperti memberi hadiah walaupun hari itu bukan hari lahirnya.

Ini demi memperkukuhkan ikatan dan menggembirakan pasangan.

Beliau juga menjelaskan bahawa sentuhan fizikal juga adalah satu bentuk komunikasi yang paling berkesan dalam menyemarakkan api cinta.

Sementara itu kerap menzahirkan rasa cinta sama ada melalui sentuhan mahupun ucapan, ia akan melahirkan keselesaan bila berdua dan akan menjadi akrab dan mesra antara satu sama lain.

"Sikap hormat menghormati, bertanggungjawab, memahami minat pasangan, pandai untuk menangani konflik bersama serta membuka ruang komunikasi yang positif akan membuahkan hasil yang baik.

"Apabila berada di alam perkahwinan ini, kita perlu melakukan perubahan ke arah yang lebih positif dalam diri.

"Pertamanya, menerima baik dan buruk perlakuan pasangan, tukar pandangan anda dengan berfikiran positif, kemudian tunjukkan yang anda mengambil berat terhadapnya seperti bersikap penyayang dan jangan pula berpura-pura," ujarnya.

Di samping itu, sifat saling memaafkan merupakan sifat terpuji dan perlu diamalkan, selain bercakap, berbincang, merancang dan membuat keputusan secara bersama.

Sebagai ketua rumah, suami wajar berunding terlebih dulu dan menghormati pandangan isteri.

Perkara lain yang lebih penting jelasnya adalah bersikap romantik yang biasanya lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang.

"Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing," ujarnya.

- UTUSAN

Friday, November 7, 2014

SECALIT RASA

ALLAH MAHA PEMURAH








KEHIDUPAN SELALU MENEMUKAN KITA 

DENGAN PELBAGAI KEADAAN 

YANG BERBEZA ADALAH SUKA, DUKA, PAHIT DAN MANIS.

SALAH SATU PEMBERIAN TERBESAR 

YANG KITA TERIMA ADALAH


SEBUAH CINTA YANG SUCI

.........................................................................................................iburose...........

Friday, October 24, 2014

~KEHIDUPAN~

Allah Maha Pengasih dan Penyayang...



Kitaran Kehidupan kita ni kadang-kadang hampir sama..

Bangun pagi lepas tu makan lepastu pergi kerja lepastu tidur hari demi hari buat perkara yang sama.

Ada tak ada perasaan boring dalam hidup anda? mesti ada kan?

Ya, kehidupan akan membosankan bila kita buat perkara yang sama sahaja..

Apapun aku nak habaq kata, bahawa kita adalah hamba, hamba hina yang banyak dosa sedar atau tak sedar sahaja bahawa setiap perkara kita mesti ada melakukan dosa.

Maka, perlu kita manfaatkan hidup kita ini dengan pelbagai perkara untuk menuju dan berhadapan dengan Allah nanti.

Fikir bagaimana timbangan kita diSANA nanti.
Fikir tiap hari aku perlu manfaatkan orang, aku perlu mencari PAHALA.
Fikir selalu tambah ilmu agama, perbaiki diri, yang buruk cuba kita baikkan. Yang baik ubah lebih baik lagi.

Selalulah mintak, sujud padaNYA, kita ada DIA sahaja, pada DIA sahaja yang kita perlu, kita mintak, kita sedih, gembira, berjaya, sakit semua datang dariNYA.

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI HAMBA YANG TAAT PADANYA.

CARILAH REDHANYA MOGA MENDAPAT KEBERKATANNYA.


~JEMPUTAN WALIMAH AKU~

.:::JEMPUTAN WALIMAH HAMIZAH & SHAHRIZAL:::.

BISMILLAHIRROHMANIRRAHIIIM....

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dengan penuh rasa kesyukuran dan mengharapkan redha Allah S.W.T, saya dengan rendah diri menjemput dan mempersilakan tuan-tuan dan puan- puan, sanak- saudara, rakan seperjuangan, sahabat handai dan semua yg mengenali diri ini ke majlis perkahwinan saya:


                      NOOR HAMIZAH BT ABU BAKAR
                                                  &
                     MOHD SHAHRIZAL B. MAD SAPAR

Tarikh : 27 NOVEMBER 2014 bersamaan 4 SAFAR 1436H

Hari / Masa : KHAMIS / 12.00AM - 6.00PM

Tempat : 5285, KG BARU JLN PDG TEMBAK, BUKIT PINANG, 06200, KEPALA BATAS, KEDAH DARUL AMAN.

Semoga dengan kehadiran KALIAN seisi keluarga akan mengukuhkan ikatan dan beroleh keberkatan dariNya. Amiin.



                           PETA LOKASI PENGANTIN






p/s :Pada sahabat-sahabat yang nak kad jemputan, boleh pm saya. Terima Kasih ;)



Wednesday, September 17, 2014

PERTEMUAN DAN IKATAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah Maha Mendengar...

Sesungguhnya jiwa ini sangat halus, mudah terguris, cepat terusik dan melenting andai diri tidak dapat mengawal suasana akan murung seketika.

Lumrah kehidupan...jika iman tiada di hati binasalah diri, kerana dikawal oleh nafsu.

Aku dan dia.

Pertemuan yang direstui oleh kedua ibu bapa. Bersyukur diatas pertemuan itu walaupun aku masih lagi mengenali dirinya.

Ikatan pertunangan terjalin dengan lancar atas persetujuan kedua2 pihak. Sujud padaNya memohon petunjuk dan dipermudahkan segala urusan jodoh kami.

Ujian, dugaan kunjung tiba, hati kadang terusik walaubagaimanapun kita adalah hamba wajib kembali padaNya mohon diberikan ketetapan dalam hati.

Betulkah aku nak jadi isteri orang? Layakkah diri ini nak melayan karenah seorang suami, aku masih belum mengenalinya sepenuh lagi. Hati mula gusar, diri cuba lakukan yang terbaik takut di salah tafsir. Hampir semua tak kena. Àpa pun, ia bermula dari kita cuba lakukan yang terbaik jugak, sentiasa berfikiran positif.

Erm..tinggal sebulan lebih ja lagi..persiapan untuk perkahwinan belum siap sepenuhnya. Banyak lagi benda tak buat.

Semoga Allah mudahkan urusan jodoh kami, yang kadang dilanda ombak.

.::Maafakuxsempurna::.




Tuesday, August 26, 2014

MH 370 & MH 17

MATI ITU PASTI...

UJIAN

burung yang terbang dengan sayapnya
tiba-tiba kecundang dengan izin PENCIPTA

ikan sedang berenang di dalam air
tiba-tiba timbul di permukaannya
dengan izinNya
 
manusia merancang sesuatu
tetapi Allah jua yang menentukan
hakikatnya makhluk dibumi ini
adalah ciptaanNya
kembalilah padaNya
tatkala kita diuji...

Pasrah dan redha atas ujiannya
mungkin ada hikmah
telitilah hikmahnya
cungkillah hikmah

suatu hari semua makhluk akan
bersua di muka pengadilan kelak

moga iman kita terus bertambah...
Allah kasih pada hambaNya


Wednesday, July 23, 2014

::.Lumrah kehidupan.::

.::ombak datangdan pergi, seperti kehidupan kita, seperti mati dan hidup, seperti saat kita bahagia dan derita.::




KELOPAK HATI

Pencipta...
wajib kita dekat denganNya
wajib kita mengagungkaNya
wajib kita mencintaiNya
wajib berada dalam hati kita
bahawa kita adalah HAMBA...

Manusia...
datang dan pergi
hidup bersama
mati mungkin bersama atau berasingan
kubur lain-lain
amalan di soal lain-lain
dekat bila ada kepentingan mereka
samada bila
bercinta, ada masalah, gembira
tetapi...
bila sedih? bila kita dalam kesempitan?
yang hadir mungkin yang jauh dengan kita
mungkin tiada pertalian langsung

inilah...
LUMRAH KEHIDUPAN
kita adalah hamba
dekatlah denganNya selalu


Tuesday, July 22, 2014

BUMI DI BASAHI DARAH

NAMA ALLAH YANGMAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG...

ALLAHU... tiada kata untuk dilemparkan tapi terdetik di dalam hati ini yang amat sedih.

GAZA....bumi yang dah lama dipertahankan oleh penduduknya.

Ya aku peduli isu tentang perkembangan di bumi Gaza, Palestin ini. Hampir saban hari dibedil oleh yahudi laknatullah, tapi aku?, aku hanya mampu berjuang dengan doa dan kewangan, itu saja yang aku mampu lakukan walaupun sedikit.

Tahun ini, ISRAEL, memang mereka sengaja mencetuskan peperangan ke atas Gaza pada bulan Ramadhan yang mulia ino. Mereka memang takut Islam akan bangun, tapi orang Islam tahu Allah tetap menolong hambaNya, samada lambat atau cepat sahaja. Orang Islam percaya Allah sentiasa memberi pertolongan, mereka yang mati adalah syahid berjuang dan terus berjuang mempertahankan tanah suci itu. Allahuu..

Air mata menitis tatkala melihat ramadhan kali ini, ISRAEL mensasarkan bedilan mereka pada rumah kanak-kanan dan wanita. Mereka takut sangat bila kanak-kanak ini membesar akan mempertahankan bumi itu, ya memang mereka akan mempertahankan. MEREKA SEBENARNYA MEMANG TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG.

Anak ini yang tiada dosa di bedil oleh ZIONIS -foto-ehsan aqsa syarif   






## SESIAPA YANG INGIN MENDERMA bolehlah hulurkan ke tabung AQSA SYARIF INI.
I
I
I
I
V
V



Semoga Allah memberi kekutan dan kesabaran pada saudara kita di sana.



Sunday, July 20, 2014

Menghitung Hari

Assalamualaikum.w.b.t

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Tahun ni Allah panjangkan umur hamba untuk sampai dalam bulan Ramadhan, bulan yang mulia ini.

Tanya pada diri, adakah ramadhan kali ini adalah baik dari sebelumnya...teouk dada tanya iman.

Bagi aku, tahun ini aku harap yang terbaik, tapi aku merasakan madi lagi ada kelompangan pada kali ini. Moga diampunkan olehNya dan diterima segala amalan.

Apa2 pun kita adalah hamba yang sentiasa perlukan Penciptanya. Penciptanya sangat2 sayang pada hambaNya. Rintihlah padanya saat kamu berduka, bergembira serulah namaNya. Dia Maha Mendengar.

Moga hati ini juga istiqamah dan sentiasa ingin memperbaiki diri.

Contohnya, kita cuba lakukan pada bulan yang mulia ini, kuatkan ibadah, yang dulu hanya solat fardhu sahaja, dan kali ini bertekad nak buat solat sunat sebelum dan selepas. Cuba buat hingga ke akhir hayat kita. In sha Allah, kita akan dapa rasa satu keikhlasan dalam hati dan diri kita. Cubalah ya!!!

Lakukan sikit2 tapi istiqamah. Kalau banyak2 nanti kita tak larat. Nanti ada yang menyucuk2~iblis..

Hari ni dah 23 ramadhan, kita berada di penghujung ramadhan.~maghfirah~
Dan sama2lah kita merebut 10 malam terakhir ini dengan bersungguh2..MALAM ALQADAR. malam seribu bulan. Moga amalan diterimaNya.

Sesudah itu, bergembiralah muslimin muslimat dengan kehadiran aidilfitri setelah sebulan berpuasa. Selamat berhari raya. 1 SYAWAL 1435H.

p/s = ~danakumenunggukepulangannyadenganpenuhsabarmogasentiasadidalamperlindunganNya~
Senyuum..



Friday, February 7, 2014

##NOTHING##

Tiada ungkapan di dalam jiwa
Hanya meyingkap disebalik tarikan

Tiada suara tiada bicara
Mengkhayal jauh membuai jiwa

Berjalan tanpa arah yang dituju
Lamunan kosong, kosong, kosong

----
Jiwakosongandaiimantiada

..Manusia..

Manusia :

Punyà akal yg mampu berfikir

Punya jiwa yang mampu membahagiakan dan juga mampu merosakkan

Punya jahil kerana ingin menjadi khalifah di muka bumi ini tp tidak pandai mengendalikan dengan baik

Punya bicara yang manis tp tidak ditunaikan kemanisan itu

Punya ada perwatakan yang baik tapi bertopengkan syaitan

TETAPI

Andai mampu seorang MANUSIA itu hidup di muka bumi dengan mencari bekalan untuk di akhirat sana, maka beliau adalah orang yang paling bahagia.

SemakinharisemakincintapadaALLAH
SENYUM SOKMO (",)


Tahun 2013..

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah, aku masih dalam keadaan sihat walafiat lagi. Dan ini adalah kali pertama aku baru buka blog untuk menulis. Ya Allah rindu sebenarnya untuk menulis. Tapi kononnya takda masa. ermm..kadang-kadang kena ada mood jugak nak menulis ni.

Pada tahun 2013 ini, banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan aku, Alhamdulillah ada suka ada duka, tapi boleh diselesaikan dengan baik. Apa-apa perkara yang terjadi dalam kehidupan kita ini semuanya Dia yang tentukan. Dialah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan tersembunyi. Allah Maha Besar.

Erm...sekarang dah bulan Mac. Pejam celik sekejap ja masa berlalu, bahang PRU13 pun terasa, rakyat masih tertanya-tanya bila agaknya tarikhnyakan. Dengan pembubaran parlimen tak diumumkan lagi. Wahai Pm yang disayangi bila agaknya yer?..erm..

Isu semasa sekarang hangat lagi diperkatakan, Ops Daulat pertempuran anggota keselamatan negara (POLIS dan ATM) dengan pengganas Sulu yang berlaku di Sabah. AllahuAkbar... 
Diharapkan semuanya berakhir dengan cepat.

Kejadian ini berlaku pada bulan Februari lalu lagi, dikatakan bahawa org Sulu ini menuntut Lahad Datu yang kononnya adalah milik mereka. Dan dalam kejadian itu, sampai sekarang anggota keselamatan negara telah gugur seramai 9 orang. Sedih bila diingatkan, mereka berkorban demi negara, tetapi ada lagi mulut jahat masih mempertikaikan kekuatan anggota negara.

Sungguh tidak dapat di pahami dengan orang begini, mereka tidak fikir disebalik kejadian itu berlaku, hanya mereka yang alaminya sahaja dapat fahami situasi itu.

Moga Allah melindungi kita.

..::TETAP MELANGKAH.::

Assalamualaikum w.b.t

Allah Maha Besar.

Alhamdulillah, diberikan lagi nafas di atas muka bumi Allah ini.

Hidup mesti diteruskan, setiap nafas dan gerak geri kita mendapat keredhaan dariNya.

Setiap kali bangun dari tidur, ucaplah الحَمذُلله الذي أَحْيانا بَعدَ ما اَماتنا وإِليهِ النُّشُور

Itu bererti kita wajib bersyukur kepadNya kerana masih diberikan nyawa untuk kita meneruskan amalan2 dalam kehidupan kita.

Dalam kehidupan ini, semua manusia memang pernah merasai pahit manis kehidupan.

Bergantung pula pada kita dalam mengemudinya dengan cara yang bagaimana?.

Masam manis kehidupan itu boleh dilalui bagi mereka yang mampu untuk mengharunginya dengan adanya iman di dada.

Jika itu tiada Jiwa meronta, memberontak dan membenci yang menyebabkan diri tidak terurus.

Begitulah manusia, jika diikut hawa nafsu binasalah diri. Jangan anda zalimi diri.

Sebagai seorang Islam, ikutlah panduan yang telah ditetapkan, in sha Allah semua akan jadi baik. Mengharap hanya pada Allah, jika pada manusia kecewa yanh akan dapat.

Renungi diri.~

Nukilan mizznurani.
Senyumituindah



Friday, May 10, 2013

KEBANGKITAN RAKYAT...

Assalam...

Mengundi dah, keputusan pun dah keluar. Ramai yang pasrah dengan keputusan tersebut. Apa-apa pun, aku sebagai rakyat juga mahukan perubahan, tidak mahu masih di takuk yang lama.

Tapi apakan daya, kuasa mereka lebih besar (mereka yang yang berasa begitu) dan pihak tertentu boleh buat apa saja. Dalam proses pengiraan undi, banyak unsur-unsur yang tak enak didengari, dan macam-macam yang berlaku. Aku mengaku, aku tak boleh percaya bulat-bualat tapi pasti ada angin yang bertiup takkan pokok nak bergoyang sendirikan.

Mungkin Allah nak menguji lagi pada mereka yang berjuang untuk mempertahankan apa yang benar. Uji dan terus di uji, hingga Allah akan bagi masa yang tepat pada mereka yang bersabar. Maka bersabarlah wahai pejuang-pejuang semua. Hanya pada dia kita berserah.

Dan bagi pihak yang berwajib, tidak bolehkan anda cuba selediki akan kekurangan yang sememangnya apa yang telah ,mengapa begitu ramai sekali rakyat perlu bangkit dan bersuara masa perhimpunan bersama DS Anwar Ibrahim? mesti ada kekurangan dan cubalah cari kelemahan tersebut, bagi mereka yang memprotes dan pertahankan itu mendapat pengadilan yang hakiki. Bukan hanya percaya bulat-bulat pada orang bawahan.

Dan tunjukan bukti-bukti bagi pihak tertentu percaya bahawa pihak anda memang telus dalam keputusan tersebut. Ini tidak, hanya terus menjawab soalan-soalan para wartawan yang mahukan kenyataan yang benar dari pihak anda. Cubalah selidik betul-betul.

Aku hanya rakyat biasa juga keliru dengan situasi yang terjadi, dan juga mahukan keadilan yang sewajarnya.

TAHNIAH BARISAN NASIONAL KERNA MASIH LAGI MEMERINTAH!!!

MOGA ANDA TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MENJALANKAN TUGAS. IA ADALAH AMANAH, YANG AKAN ANDA JAWAB DI AKHIRAT KELAK, ADAKAH ANDA PEMIMPIN YANG ADIL DALAM MENTADBIR NEGARA.

Sebagai seorang Islam yang percaya pada Hari Akhirat dan takutkan Allah, dia akan sentiasa fikir apa yang terbaik untuk dia jalankan tugas untuk semua rakyat dibawahnya. Dia wajib memikul tanggungjawab dengan penuh berhemat.

p/s : kalau tiada pembangkang mesti kerajaan tak nampak di mana salah mereka. teruskan menyelongkar akan kesalahan kerajaan, supaya mereka terus perbaiki apa yang harus diperbaiki.

RAKYAT DAHAGAKAN ILMU AGAMA BUKAN HIBURAN. KALAU KITA LIHAT RATING TELEVISYEN ATAU RADIO PALING TINGGI RATINGNYA ADALAH PROGRAM AGAMA.

MOGA GENERASI AKAN DATANGTIDAK ROSAK.

INI KALILAH! (5THN LAGI..I.ALLAH)

::.hambainsanyanglemah.::

Thursday, April 25, 2013

PRU 13 -== 050513 ==-

PRU OH PRU!

Selagi PRU  tak dimulakan, selagi tulah byk isu-isu akan berbangkait. Dan perkara yang sama akan berlaku juga selepas PRU, siapa PERDANA MENTERI? ....

Semua itu duniawi... walau apa pun hidup di dunia dalam menuju ke akhirat. Kita adalah hambaNYA..

SALAM JUMAAT!

Ku Tahu AdaMu

Bismillahirrahmanirrahiiim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih...


Pemilik Hati Yang Patah

Untuk yang sedang bersedih
Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

Wahai jiwa yang sedang layu…
Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..
Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah..
“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..
Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Ini untukmu yang sedang bersedih
Dalam rangka menasihati diri sendiri…

Sumber: www.akuislam.com


.::POSITIFKAN DIRI::.HILANGKAN RASA SEDIH DALAM DIRI

http://harianislam.com/2012/12/27/cara-nak-hilangkan-rasa-sedih/
 
Masalah datang untuk mematangkan kita, dan juga dalam proses menggunakan akal fikiran yang mungkin kita tak pernah nak fikirkan. 
 
-:SAYANGI DIRI:- 
 

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran 

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.
Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’ 

Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.
Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

8. Jangan lupa ALLAH

Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur’an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Friday, March 15, 2013

Sensitiviti Umat Islam


Baru-baru ini kita dihangatkan dengan isu sensitif umat Islam, di salah sebuah pasaraya mengenai 'SALE  RAMADHAN' di mana ia dinyatakan untuk diskaun penjualan arak.

Ini telah menimbulkan satu kes dan perlu dititikberatkan oleh masyarakat Islam, dan orang bukan Islam juga perlu menjaga hati umat Islam, kerana ia amat mendukacitakan seolah-olah Islam ini tidak menjaga umatnya. Justeru, bersyukur kerana ada masyarakat kita yang masih celik dalam perkara ini.

::..Islam selalu diancam..:
Assalamualaikum w.b.t

Salam ramadhan kareem buat umat Islam seluruh dunia.

Hari ini aku baru berkesempatan nak menaip dalam blog, tapi tiada benda nak ditaip pun.

Sebab rindu...aku pun tulis la beberapa patah perkataan.

--:kuatkan iman menghadapi kehidupan:--