Friday, February 25, 2011

.::Alam::.

Alam...apa yang anda fahami mengenai alam?...alam barzakh, alam sekitar, alam fana, alam dunia, ALAM SEMULAJADI, alam angkasa...dan segala alam lah..Ada jugak sebut alam CINTA..contoh ayat "aku sekarang berada di alam cinta lah wei"...(lebih kurang gitulah ayatnye yer :)..)

INI ANTARA DEFINISI ALAM YANG AKU PETIK DARI SATU LAMAN --->

alam

  1. dunia, bumi
    Ayat: namanya termasyhur di seluruh alam ; bencana alam bencana yang berlaku di muka bumi (seperti banjir, gempa, dan lain-lain);
  2. segala yang ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yang ada, dan lain-lain)
    Ayat: Tuhan menjadikan alam ini dalam masa enam hari; ilmu alam a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (seperti keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dan lain-lain), geografi; b) Indonesia fizik;
  3. lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yang tertentu atau sejenis
    Ayat: alam remaja; alam kanak-kanak; alam Minangkabau; alam haiwan;
  4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dan lain-lain)
    Ayat: alam persuratan Melayu; alam pembacaan kanak-kanak; alam persuratkhabaran;
  5. Indonesia segala daya (kekuatan dan sebagainya) yang seakan-akan mengatur isi dunia
    Ayat: di negeri itu agaknya berlaku hukum alam, siapa yang kuat dialah yang berkuasa;
  6. alam arwah tempat roh-roh
    alam baqa dunia yang kekal, akhirat
    alam barzakh alam yang tidak kelihatan (tempat orang mati hingga hari kiamat)
    alam fana dunia yang tidak kekal
    alam fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir)
    alam nabatah alam alam tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan
    alam samar alam barzakh
    alam semesta seluruh alam
  7. lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak peribahasa berasa sangat malu sehingga tidak dapat menyembunyikan dirinya lagi
  8. merasai atau menempuh (kesusahan, kesulitan, perubahan, dan lain-lain), menanggung
    Ayat: selama hampir tiga tahun yang lalu, kita telah alam kesulitan ekonomi;
  9. Arab lebih mengetahui ( biasanya dipakai dalam wallahualam ).
  10. bendera, panji-panji.


Tapi di sini aku hanya ingin meyentuh alam semulajadi yang terdapat di planet Bumi ini....Andai diberikan nafas yang panjang olehNya, aku berharap sepanjang perjalanan hidupku akan sentiasa berterusan menghirup udara segar dan nyaman di planet kita ni. Apa-apa pun kita perlu ada sifat syukur di dalam diri, andai tiada kita perlu adakan ia juga..kerana sifat ini adalah salah satu dari sifat-sifat Mahmudah. Orang tua cakap, siapa yang tak dak sifat ini, mereka diantara orang-orang yang sombong dan bongkak (apa beza sombong dengan bongkak ni ha?) berada di atas muka bumi ini. Jika kita ada sifat terima kasih ini amatlah dipuji akan perbuatannya...panjang pula i berkata-kata, santapan minda sebentar xsalah kan?..

Kembali ke topik.....


Alam semulajadi adalah ciptaan Allah s.w.t yang Maha Bijaksana, alam yang penuh dengan keindahan yang tidak dapat kita hasilkan dengan tangan kita, akan tetapi hanya Qudrat yang Maha Kuasa sahaja boleh menciptakan segalanya.

Baiklah...tumbuh-tumbuhan, haiwan, udara, hidupan laut, itu semua dibawah alam semulajadi. Cuba anda semua wahai kengkawan, berfikir...kalau anda lihat langit di atas apa yang ada rasa?..adakah perasaan itu seperti biasa?adakah anda berfikir sama ada hari ini hujan atau tidak?..ada tak persoalan demi persoalan timbul dalam pikiran korang?.