Sunday, September 9, 2012

Hudud..


HUDUD OH HUDUD.....Petikan dari MalaysiaKini.

  • Dr Mohd Asri Zainul Abidin
  • 4:16PM Ogos 30 2012
 



ULASAN Isu hudud dalam negara kita sering kali dipolitikkan atas pelbagai kepentingan. Umno dalam rekodnya tidak bersetuju cadangan hudud yang PAS bawa. 

Ketidaksetujuan itu boleh ditafsirkan atas pelbagai alasan; ada yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Hari ini nampaknya Umno macam mula berubah.

PAS sejak dahulu menyebut tentang perlaksanaan hudud sehingga kelihatan pada mata umum PAS dan hudud bagaikan isi dan kulit. Seolah-olah matlamat utama kenegaraan PAS ialah menegakkan hudud. 

Ini agak menarik, di kala kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia tidak lagi memperkatakan tentang undang-undang jenayah hudud, PAS masih. 

Gerakan-gerakan Islam yang mendapat kerajaan di Mesir, HAMAS di Palestin, di Libya dan Tunisia meninggalkan tajuk hudud buat masa ini, tetapi PAS terus dengan slogannya.
Pertikai Hukum
Saya meyakini keikhlasan YAB TG Nik Abd Aziz Nik Mat. Saya banyak kali bersembang dengan beliau secara peribadi, ternyata hasrat Islam beliau begitu mendalam. Islam itu cuba dilahirkan dalam amalan peribadinya sehingga kepada usaha-usaha politiknya. 

NONENamun, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara atas nama hudud. Sebahagian kadang-kala mengelirukan pihak lain terutama non-Muslim dalam negara kita.

Saya mencadangkan pembaca yang membaca tulisan ini turut membaca artikel saya "Hudud dan Beberapa Gambaran Salah".

Kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah, tetapi kita boleh mempertikaikan cara perlaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia. Ini seperti kita tidak boleh mempertikaikan syariat haji, tetapi kita boleh mempertikaikan amalan haji individu tertentu jika ia tidak bertepatan. 

Kita tidak boleh mempertikaikan sistem muamalat al-Quran dan Sunnah, tetapi kita boleh mempertikaikan bank, pajak gadai, syarikat, koperasi dan lain-lain yang menggunakan nama Islam dalam operasi mereka jika kita dapati ia tidak menepati semangat Islam yang sebenar.

Demikian kita tidak boleh mempertikaikan syariat hudud, tetapi kita boleh mempertikaikan perlaksanaan oleh pihak tertentu apabila kita dapati ia tidak memenuhi semangat keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya. 

Namun, tujuannya hendaklah untuk memelihara nama Islam agar tidak disalahgunakan atau disalahfahami.
Sukar

Sesuatu yang wajar diakui bahawa bukannya mudah untuk melaksanakan hudud di zaman kini, terutama di negara kita yang mempunyai persekitaran yang sangat berbeza dibanding hari-hari awal hudud dilaksanakan. 

Dalam masyarakat seperti kita, melaksanakan hudud tanpa penelitian bagaikan memasang pintu istana untuk sebuah rumah buruk. Ia bukan menambahkan kecantikan, sebaliknya mungkin merobohkan rumah yang buruk itu dan merosakkan pintu yang cantik dan berharga itu. 

Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi SAW hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim. 

NONESejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada. Ini disebabkan kerangka masyarakat seperti mana waktu hudud dilaksana pada awal sudah lagi.
Dalam The Oxford Encyclopedia of the Islamic World, John L Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan. 

Sementara di Sudan dan Utara Nigeria hanya dilaksanakan beberap tahun selepas diperkenalkan, kemudian dihentikan. Pada zaman kini hanya Arab Saudi menjadi contoh dalam perlaksanaan hudud. 

Ada pendapat menyebut bahawa penulisan para pengembara silam yang melawat pelbagai wilayah Islam tidak pernah melaporkan perlaksanaan hudud, ini seakan menunjukkan semacam ia terhenti. Sementara itu tokoh seperti Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya "An International Call for Moratorium on Corporal Punishment" pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah. 

Demikian juga tokoh fikah yang terkenal as-Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.
Tiga golongan
Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan; pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya. 

Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji. 

Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana Muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu". 

Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud. Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud. 

Dalam erti kata lain, persekitaran yang membolehkan hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan. 

Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.
Tujuan kenegaraan
Hakikatnya tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalah mekanisme dalam mengatasi jenayah tertentu. 

Bahkan perkataan ‘hudud Allah' dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak. 

Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.
Menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan. Tidak dari segi maqasid agama, tidak juga dari segi kepentingan politik. Tujuan politik jauh lebih luas dari hanya membincang cara memotong tangan pencuri. 

Sebelum pencuri dipotong tangan, politik sepatutnya membincang bagaimana memastikan tiada alasan untuk sesiapa pun mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara. Hendak dipastikan semua warga sama di hadapan undang-undang. 

Tidak boleh ada pihak yang boleh bermaharajalela yang jika mereka didakwa, yang membawa kes pula akan dikenakan di bawah akta hasutan. 

Jangan sampai rakyat yang mencuri di pasar raya dipotong tangan, tapi pembesar yang mencuri hutan balak negara dibiarkan.
Akhirnya, saya ingin memetik apa yang al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar'iyyah:

"Berkata al-Shafi'i: Tiada siasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak. Kata Ibn ‘Aqil: Siasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. 

"Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu 'Tiada siasah melainkan apa yang menepati syarak' iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau maksudkan tiada siasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah. 

"Apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agama-Nya. Allah SWT lebih mengetahui, lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai kewujudannya dan menegakkan tuntutannya. 

"Bahkan Allah SWT telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hamba-Nya dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya. 

Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siasah yang adil itu menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siasah yang adil itu satu juzuk dari syarak. 

"Kita menamakannya siasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya ia adalah keadilan Allah dan rasul-Nya yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut."

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkang pendirian rasmiMalaysiakini.

Monday, July 9, 2012

Antara 6 Bandaraya : Ekses Internet Terlaju Dan Terbesar Di Dunia


6. Tallinn. Estonia



Tallinn, ibukota salah satu negara terkecil di Eropah - Estonia, memiliki salah satu layanan Internet yang terbaik di benua Eropah.



Semua tempat dapat melayari internet yang dasar ini dijamin kerajaan. Semua sekolah universiti pejabat2 kerajaan dan swasta.
Urusan kebanyakan dibuat melalui talian internet.Kemudahan WIFI terdapat dimana mana termasuk di stesen bas dan
komuter keretapi.




5. Seattle. The USA.



Seattle di iktiraf Forbes.Com yg terbaik diantara 30 bandaraya di Amerika.Seattle juga mempunyai akses kelajuan tertinngi
dan pengguna terbesar di seluruh Amerika .



Sebelum ini kota Atlanta la yg terbaik di Amerika sebelum Seattle mengambil alih kedudukan itu (sumber Forbes.com 2011)





4. Hong Kong. China.



Hong Kong,sebuah kota metropolitan, pusat kewangan terkemuka dan salah satu tempat
perusahaan terbesar di kawasan Asia-Pasifik, sehingga tidak mengherankan
kota ini merupakan salah satu yang tertinggi di dunia dalam jalur lebar dirumah kediaman
sehingga 72%. Pada tahun 2013, 80% dari rumah kediaman diHong Kong
dapat terhubung dengan perkhidmatan jalur lebar (sumber dari Gartner Inc. ).



Pembekal akses Sambungan cepat yang paling inovatif dan terkemuka di Hong Kong ialah
Hong Kong Broadband Network.Syarikat ini menawarkan akses internet sehingga 1Gbps, perkhidmatan
TV broadband, perkhidmatan telefon dan broadband. Oleh sebab itu Hong Kong mempunyai internet yang laju,
stabil dan cukup cukup murah. Hong Kong Broadband Network menyediakan akses broadband 100Mbps
US $ 34 per bulan.




3. Singapore.



Singapura, sebuah bandar kecil di negara Asia, adalah negara terkaya kelima di dunia,
dan salah satu daripada Empat Harimau Asia (bersama Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan).
Juga salah satu the most connected city di dunia dengan super-developed telecommunications
infrastructure.Teknologi broadband disokong oleh kerajaan.



Masa sekrang rumah kediaman mencapai sehingga 63%, dan diharapkan mencapai 78%
pada tahun 2013, menurut Gartner.perusahaan broadband Point Topic Communication riset
menyatakan bahwa lebih dari 90% rumah kediaman di Singapura memiliki beberapa bentuk dan
sambunagn internet broadband dan telah mencapai 100% pada tahun 2011. Selain itu, kota ini
juga dihiasi dengan WiFi hotspot, dan jaringan WiMax yang juga terdapat di pelabuhan.
Jaringan nasional yang disebut Next Gen NBN yang akan memberikan broadband sangat tinggi
dari 1Gbps kepada seluruh rumah tangga dan serta Wireless
Broadband Network (WbN) di sekitar kota.






2. Amsterdam. The Netherlands.



Amsterdam, adalah yang the most connected city di Eropah Barat dan salah satu most wired global
metropolises. Anda pada dasarnya dapat menggunakan internet sambil naik basikal dan bahkan
jika anda ke sudut-sudut kota yang terpencil juga masih boleh mengakses internet.



Pada tahun 2008 Worldmax melancarkan Wimax, on-the-go internet broadband, di bandar Amsterdam.
Bermula hanya untuk pengguna PC, tetapi Jun 2009 perkhidmatan Aerea telah
ditambah, yang membolehkan pengguna MAC menikmati internet broadband wayarles di mana-mana.
Wimac dapat dinikmati oleh masyarakat dengan € 9.95 dengan pilihan prabayar sehari,
seminggu atau sebulan.
Selain itu, belanda adalah negara dengan penetration of household broadband connection
tertinggi di Eropah dengan peratusan 80% dan pada tahun 2013 akan meningkat menjadi 88%.






1. Seoul. South Korea. 



Internet hampir terdapat di mana-mana di Seoul, ibu kota futuristik Korea Selatan dan syurga
bagi syarikat-syarikat teknologi telekomunikasi global dan terbesar seperti Motorola, Samsung
dan KT Corporation. Bandar seoul dihuni sekitar 10 juta orang, seoul juga merupakan salah
satu kota metropolitan terbesar di dunia dan bandar dengan infrastruktur yang berteknologi
paling maju di dunia.menduduki peringkat pertama di Digital Opportunity Index, dengan
broadband Internet penetration tertinggi. yang mempunyai 83% broadband Internet penetration,
dan diharapkan tumbuh 93% pada tahun 2013, menurut laporan terbaru Gartner.



Seoul adalah satu-satunya bandar di dunia yang telah membangunkan DMB, mobile TV digital
teknologi dan wibro, serta perkhidmatan internet wayarles telefon terpantas di dunia.
Seoul mempunyai kelajuan sambungan 100Mbps untuk ditingkatkan ke 1Gbps pada tahun ini,
di mana sepuluh kali lebih cepat dari kelajuan akses yang sudah ada, dan broadband wayarles
juga akan sepuluh kali lebih cepat, menawarkan perkhidmatan 10Mbps pada tahun ini.

Wednesday, April 25, 2012

Bersih..

Assalamualaikum w.b.t...

Bagaimanakah pandangan anda mengenai isu Bersih 3.0?

Asyik demonstrasi saja sekarang kat Malaysia ni.
28 April 2012 akan datang, dah diuar-uarkan akan diadakan lagi Demo Bersih 3.0.

Apa pandangan anda tentang isu ni?

Pandangan dari Mata

Assalamualaikum w.b.t...

Moga anda dirahmati olehNya.

Dalam kehidupan seharian andakan, perasan tak kalau kita pandang seseorang yang belum kita kenal, orang tu pula seorang yang CANTIK, HENSEM, MANIS, ADA LESUNG PIPIT, dan sebagainya yang indah secara zahiriahnya. Tika mana anda memandang mereka mesti ada yang bermonolog di dalam hati dan berkata :

--> " Cun ar awek tu! dah la cun, buat muka hodoh pun nampak lagi kecantikan dia..tambah-tambah bila dia senyum. Luruh jantungku, setiap malam tidur pun tak lena asyik dok tengok dia"

--> "Wei! mamat hensem tu tolong p.cik tu angkat baranglah! baiknya dia..siapalah awek dia kan? (isteri pun boleh jugak) mesti bahagia."

--> "Wah, bergaya ar mamat/minah tu, tinggi, pandai lagi. boleh buat suami/isteri."

Manakala bagi yang kurang berdandan or bergaya, TAK HENSEM, TAK CANTIK, TAK PANDAI BERGAYA, dan lain-lain. Bila mata memandang hanya sekilas pandangan dan berkata :

--> "Dahla tak cantik, gelak pulak kuat-kuat, dia ingat cantik ke?"

--> "Erm, mamat tu nak tunjuk macho la tu kat kita, kononnya baik tolong m.cik tu."

--> "Mamat/minah ni dah la tak pandai nak berfesyen, tak cantik/hensem plak tu, tak payahlah nak buat pandai depan orang ramai."


Itulah diantaranya contoh-contoh yang sering di dengar, janganlah pulak korang pertikaikan aku ni pernah tak cakap macam tu? haa!

Bukan apa, aku hanya nak berkongsi warna-warni kehidupan yang kadang tu kita tak pernah nak terfikir pun kan. Situasi sebegitu seolah-olah dah menjadi adat dalam kehidupan kita, semuanya nak sempurna dipandangan.

Tapi kalau dilihat akan pandangan manusia yang mempunyai nafsu, memanglah ia menjadi perkara yang terbiasa berlaku 'semuanya perlu perfect'. contoh ko nak pilih pekerja pun nak lawakan?..tapi tak tengok lagi hasil kerja dia..mungkin hampeh!!!..Begitulah berlaku sebaliknya.

Kadang yang buruk itu, selalu disisihkan padahal mereka punya hati yang perlu diselami juga. Dan yang buruk or jahat tulah yang tolong kita nanti bila kita susah.

Itulah adat kehidupan, kalau kita tengok iklan-iklan or personaliti-personaliti orang yang masuk dalam surat khabar or TV, ofkoslah mau yang meletup gitukan..!!! Lagilah meriah orang nak membeli, kuasa pembeli meningkat.Itu yang terjadi pada realitinya.

Walaupun begitu, pandangan kita ni kadang jahat yang selalu dirasuk oleh nafsu (syaitan pun selalu cucuk kita) yang jahat jika tidak berfikir secara mendalam dalam membuat sesuatu pnghakiman. Setuju tak?

Aku bukan sentuh mengenai pandangan manusia pada manusia ja tau, tapi pada benda lain jugak, contohnya pada binatang, tumbuhan, nak beli barang ke keta ke moto ke, dan sebagainya...kita mesti nak kesempurnaakan?heee~ tapi kalau barangan tu buruk sekalipun berbaloi la pada harga yang kita beli tu kan?. Aku pun jenis yang bersederhana, tak dalah nak demand benda-benda yang mahal janji benda tu berguna pada aku.

Maka, bersyukurlah atas kesempurnaan yang Allah berikan pada kita, walaupun tidak miliki wajah yang catik tapi akhlak kita baik itu dah memadai bagi pandangan Allah. iarlah engkau seburuk mana pun tapi engkau ikhlas dalam tindakan ia dipandang mulia oleh Allah.

Dan kita, jangan buat penghakiman walaupun ia sempurna secara luar tapi batinnya masih belum sempurna ia. Bantulah ia jika kita mampu melakukannya..

 

CANTIK/HENSEM + AKHLAK BAIK (tidak dibuat-buat) = orang akan sayang
CANTIK/HENSEM + AKHLAK BURUK = org meluat

TAK CANTIK/HENSEM + AKHLAK BAIK = orang sayang jugak
TAK CANTIK/HENSEM + AKHLAK BURUK = org meluat jugak 



Akhirnya kalam, hidup dalam kesederhanaan~