Tuesday, March 20, 2012

Kebersihan itu sebahagian dari Islam

Assalamualaikum w.b.t

"النظافة من الإيمان "

Islam mengutamakan kebersihan ke atas umatnya, wajib kita berkeadaan bersih dalam apa jua keadaan sekalipun. Apatah lagi dalam solat, wajib kita bersih untuk berjumpa Dia yang Esa. Kalau kita tidak membersihkan diri, maka tidak sah solat kita nanti dan juga tidak diterima. 


Kebersihan ini, kita perlu menjaganya walau  di mana anda berada, kerana siapa nak kawan dengan anda kalau bau badan menusuk kalbu rakan kita, itu sebagai salah satu contoh sahaja. tidak semestinya kebersihan itu hanya pada diri, tetapi ia merangkumi banyak aspek kehidupan. Yang pasti kita perlu menjadi seorang pembersih!

Rakyat Malaysia sekarang masih lagi kurang kesedaran dalam diri mereka, aku harap pembaca semua ada kesedaran ya..hehe. Aku pergi ke satu surau di bangunan Mara (lama) untuk menunaikan solat Maghrib. Tempat wudhuk perempuan dan lelaki dekat luar bilik solat, berdekatan juga dengan tandas. Apabila masuk tempat wudhuk itu, ada ternampak tisu-tisu yang telah digunakan bersepah di sana sini. Akan tetapi peliknya aku masih buat endah tak endah dan hanya sekadar memerhati, tapi ada sedikit kekesalan yang menghurung di jiwa. Ketika kaki aku mula melangkah pergi untuk membuka pili, ada seorang pengunjung masuk untuk berwudhuk juga dan dia dengan tiba-tiba berkata,
"Mereka ni tak de rasa bersalah ke?orang bagi kemudahan tak nak gunakan dengan betul-betul.'' Sambil dia memerhati tepat ke arah aku, hanya sekadar tersenyum.
Tambahnya lagi, "mereka tak bersyukur la dengan apa yang orang berikan". Aku terus menyampuk dan tersedar, monolog dalam hati, 'betul juga apa cakap dia ni'.
Aku menambah," mereka tak bertamadun kak, tak fikir dulu, padahal tong sampah dah ada kat luar tu, nak kerja senang ja".
Katanya, ''ni kalau salin pampers mesti bersepah lagi ni..," sambil mengeluh.

Aku sekadar tersenyum, luahan ketidakpuasan hatinya itu menyebabkan aku berfikir sejenak, rupanya ada orang di dunia ini yang masih mengutamakan dan mengambil berat akan persekitaran walau di mana dia berada. Mungkin dia seorang guru, hehe, saja berfikir begitu, kerana masa sekolah dulu guru-guru selalu menasihatkan murid dan pelajarnya sentiasa menjaga kebersihan.Setiap kali diadakan perhimpunan sekolah cikgu selalu berpesan, ''kalau nampak sampah, di tepi jalan ambil buang dalam tong sampah, nanti dapat pahala". Masih terngiang-ngiang di minda.

Walaupun begitu, jika seluruh masyarakat prihatin seperti kakak yang aku jumpa itu, negara kita akan di nobatkan sebagai negara TERBERSIH di dunia. Apa yang kita nak lagi?


Jika anda ingin tahu info FAKTA, bahawa setiap hari rakyat Malaysia membuang sampah hampir 12000 tan sampah, dan dijangka akan meningkat lagi dari sehari ke sehari sebanyak 30000 tan. Banyakkan, dah la negara kita ini dalam peta agak kecil, rakyatnya pula membuang sampah bertan-tan. Mampuslah kerajaan memikirkan cara nanti nak menyelesaikannya. Habis seluruh tanah disimpan untuk kawasan pembuangan sampah. Sedih betul.

Rakyat Malaysia buang sampah hampir 1.8 juta tan setahun
 

Jadi, sebagai rakyat yang bertamadun haruslah kita berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan sekalipun. Seharusnya, manusia Allah memberikan akal fikiran untuk berfikir yang mana baik dan jahat.

Alam sekitar yang merangkumi seluruh semesta alam termasuk tumbuhan-tumbuhan, udara, air dan tanah memerlukan persekitaraan yang bersih, mereka juga hidup seperti kita misalnya kitaran hidup bagi tumbuhan dalam melalui proses fotosintesis dan sebagainya. Ini tidak sentuh bab pencemaran lagi, ermm..dunia sekarang dah sakit disebabkan tangan-tangan manusia yang tidak menjaganya dengan baik. Maafkan kami.

Pesan pada diri dan semua masyarakat supaya jagalah kebersihan alam kita dan persekitaraan juga jangan membuang sampah merata-rata.

p/s : Bukan setakat sampah yang dibuang merata-rata, kisah bayi di buang juga, kebanyakan dalam tong sampah, tepi tong sampah berhampiran tong sampah, dan sewaktu dengannya. Janganlah di buang mereka sebegitu, apa akan berlaku dalam hidup mereka akan datang? di tohmah, di caci oleh masyarakat. Letaklah mereka yang tidak berdosa itu ditempat-tempat yang sepatutnya, seperti rumah perlindungan yang disediakan kerajaan, jabatan kebajikan, atau berikan kepada sesiapa yang belum mempunyai zuriat. Itu adalah sebaik-baik tindakan. 
Moga Allah menerima taubat hambaNya yang melakukan perkara-perkara terkutuk dengan melakukan taubat nasuha..Amin.