Saturday, March 17, 2012

Hormati yang Tua

Assalamualaikum w.b.t...

Agama Islam menyuruh kita berbuat ehsan kepada ibu bapa. Moga kita digolongkan di antara orang-orang yang baik di SANA nanti.

Ingin berkongsi sedikit kisah, petang semalam (17/03/12) aku pergi membeli tudung di satu kedai yang agak terkenal di Malaysia yang jual bermacam-macam pakaian terutama wanita. Lepas memilih tudung yang nak aku ke kaunter untuk bayar, pada masa yang sama ada seorang pelanggan sedang membayar, aku pun beratur belakang kakak tu, dia beli sepasang baju kurung melayu lelaki.



 Erm..dalam dok tunggu-tungu tu si abg 'cashier' boleh dok ramah mesra yang agak lama dengan kakak tu, mungkin mereka kenal antara satu sama lain kot. perlu 'husnu zhon' sebab aku tak ambil 'port' pun nak dengar, waktu tu aku denan seorang kawan - Nairusnizi - 

Tiba-tiba, dalam menunggu dan beratur tu, ada seorang mak cik datang nak bayar. Wajah yang agak tidak mesra orangnya, macam nak marah ja dan macam nak kejar masa jugak dan beliau boleh terus memotong barisan aku?! Allah Maha Mengetahui perasaan aku tu..Ya Allah ampunkan dosaku, Nizi dia tengok ja aku, aku pulak tergamam dengan situasi berkenaan, dengan tetiba akak yang tengah bayar tu dah habis bayar, dia terus cakap dekat dekat abg 'cashier'-"Kira ni yer"..(menghulurkan tudung yang beliau beli tu) Abang tu dengan selamba membuat bayaran dan tidak menghiraukan aku yang dah lama tunggu nak bayar. Lagi la agak sakit hati, tapi aku tak adalah nak memberontak untuk menghuru-harakan keadaan, aku masih rasional lagi nak bertindak sebegitu, aku fikir itu perkara biasa saja. Selepas mak cik tu bayar, abg 'cashier' tu pun tidak mintak maaf dekat aku, bukan aku ingin sangat pun dia mohon maaf tapi....entah, sebab dia sepatutnya menjelaskan keadaan kepada mak cik tu yang aku datang dulu untuk membayar. Tak mengapalah, perkara dah berlalu dan memberi pengajaran kepada aku. Saya wajib menghormati orang tua.


Aku cuma terkejut sahaja dengan perangai atau tindakan mak cik tu, terkilan juga, bukankah kita rakyat Malaysia dan sebagai orang Islam kita perlu bersikap sopan dalam apa jua keadaan, sejak kecil lagi kita di didik untuk berbuat baik. Walaupun kita kejar masa sekalipun, apa salahnya untuk kita bertanya atau minta kebenaran kepada orang untuk bayar dahulu atau dalam apa jua keadaan sekalipun, Khusus pada situasi yang memerlukan kita perlu berbaris, jangan terus melulu sedemikian untuk memotong 'que' orang lain. Orang akan memandang serong kepada kita, dan akan berfikir negatif terhadap sikap kita itu di kategorikan sebagai 'kurang ajar'. Jikalau orang itu marah dan memaki hamun kita, macam mana?. Meskipun kita meminta keizinan insyaAllah orang itu akan memberi kebenaran kepada anda. Lain kalau orang itu memberi keizinan tanpa di minta, itu satu sikap positif dan mereka ini amat memahami anda, itu satu bonuslah, kerana kita berjumpa orang yang baik. Alhamdulillah..

Contohi Ulat Bulu
Peringatan kepada diri sendiri dan semua, wajiblah kita berbuat baik dan menghormati orang tua dan berlaku sopan walau dimana anda berada, orang akan menghormati kita kalau kita bersikap demikian.

p/s: Penulis terfikir dalam diri bagaimana kita nak hormati orang tua kalau berperangai sebegitu dengan menunjukkan sikap yang kurang senang kepada orang muda. Ini memberi serba sedikit antara sikap yang boleh orang muda ikuti. Contohnya kalau orang muda tu lingkungan umur 30an mereka akan mungkin akan buat pada orang yang umur 20an dan seterusnya.

Seharusnya kita perlu berfikir dalam melakukan tindakan selepasnya.
~SENYUM SELALU~