Friday, March 15, 2013

Sensitiviti Umat Islam


Baru-baru ini kita dihangatkan dengan isu sensitif umat Islam, di salah sebuah pasaraya mengenai 'SALE  RAMADHAN' di mana ia dinyatakan untuk diskaun penjualan arak.

Ini telah menimbulkan satu kes dan perlu dititikberatkan oleh masyarakat Islam, dan orang bukan Islam juga perlu menjaga hati umat Islam, kerana ia amat mendukacitakan seolah-olah Islam ini tidak menjaga umatnya. Justeru, bersyukur kerana ada masyarakat kita yang masih celik dalam perkara ini.

::..Islam selalu diancam..:
Assalamualaikum w.b.t

Salam ramadhan kareem buat umat Islam seluruh dunia.

Hari ini aku baru berkesempatan nak menaip dalam blog, tapi tiada benda nak ditaip pun.

Sebab rindu...aku pun tulis la beberapa patah perkataan.

--:kuatkan iman menghadapi kehidupan:--

NOVEMBER

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Novemberkan? terfikir sejenak, dan bermonolog, apakah kita yang mengejar atau masa yang mengejar kita?ayat ini klise untuk semua orang. dah terbiasa dengar, dan ia keluhan suara dari seseorang dalam mengurus masa. 

Dalam bulan ini juga banyak perkara berlaku, walaupun bulan-bulan lain ada juga, tapi saya rasakan bulan ini lebih lagi. Mungkin disebabkan bahang cuti sekolah dah hampir tiba, panggilan kenduri-kendara pun banyak, graduan yang baru ja konvo pun hangat mencari kerja, kes-kes kemalangan dan banyak lagi kejadian berlaku.

Akan tetapi, setiap perkara yang belaku itu manusia merancang tetapi Dia yang Maha Mengetahui yang menentukan.