Tuesday, March 1, 2011

Kejadian Alam

Apakah alam semulajadi? Alam semulajadi merupakan persekitaran yang telah terbentuk secara semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, sungai, gunung-ganang, pantai dan pulau. 

Kejadian alam ini, tiada siapa boleh menciptanya kecuali Allah S.W.T. Walau sehebat mana pun engkau di atas bumi Allah ini, Dia yang berkuasa atas segalanya. Kita adalah penghuni di atas muka bumi ini, haruslah menghormati, menjaga, setiap kehidupan di sekeliling kita. Bukan setakat hubungan kita sesama manusia, hubungan kita dengan Allah akan tetapi hubungan dengan alam juga penting, bukan sebab apa...kita yang menghuni di bumi perlu menjaganya dengan baik. 

Dalam ayat Al-Quran, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai 
bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asalnya mula
bercantum (sebagai benda yang satu) lalu Kami pisahkan antara
keduanya..? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang
hidup..?Maka mengapa mereka tidak mahu beriman. Dan Kami telah
menjadikan di bumi gunung-ganang yang mantapnya, supaya bumi
itu tidak menggegar mereka,dan Kami jadikan padanya celah-celah
sebagai jalan-jalan lalu lalang, supaya mereka dapat sampai kepada
mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami jadikan langit
sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal. Sedang mereka
(yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda
(kekuasaan Kami) yang ada padanya.”
                                                                                              (Al-Anbiya’:30-32)






No comments:

Post a Comment