Tuesday, April 24, 2012

Aku Kagum dan Berbangga

Assalamualaikum w.b.t kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Hari ini aku baru berkesempatan membaca blog Tun Dr.Mahathir dan Hilal Asyraf berbalas-balas hujah antara satu sama lain.

Di sini menunjukkan bahawa keberanian seorang mahasiswa menegur kesilapan seorang pemimpin yang amat masyhur dan dikenali di seluruh negara lantaran ucapannya mengenai HUDUD di UNIMAS.

Apa yang membanggakan, Tun Mahathir dengan rasa rendah hatinya bertanyakan persoalan kepada orang muda mengenai al-Quran dan Hadis yang mungkin selama ini bermain di mindanya. Aku hampir bergenang air mata kerana kerendahan hati seorang pemimpin untuk mengetahui jawapan di setiap persoalan yang dinyatakan. Beliau hanya memerlukan kepastian di setiap persoalan tersebut.

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bila mana Hilal membalas segala persoalan itu, menggambarkan bahawa beliau sebenarnya dalam proses pembelajaran dan mampu memberi jawapan disetiap persoalan Tun kepadanya. Alhamdulillah, berdasarkan rujukan-rujukan yang beliau selidiki dengan teliti. Beliau sangat menghormati Tun sebagai pemimpin dengan memberikan hujah-hujah yang sangat mudah untuk di fahami.

Hilal Asyraf


Ada satu ayat aku terbaca lebih kurang begini- 'Sungguh mudah dan senang untuk menyampaikan ilmu agama bagi seorang Muslim yang ada pegangan agama yang kuat yakni ilmu agama, untuk mengajar atau berhujah kepada mereka yang dah tahu mendalami ilmu agama, tetapi cukup sukar untuk diterangkan atau diajar sesuatu mengenai agama Islam kepada Muslim yang tak berapa kuat ilmu agamanya.'
Kerana setiap persoalan memerlukan hujah dari alQuran dan Hadis yang sememangnya wajib kita percaya.

Hanya seorang pendakwah yang mempunyai ilmu yang tinggi, benar-benar mampu dan kuat untuk menyampaikannya. Lagipun, setiap Muslim itu adalah pendakwah, bukan hanya untuk golongan tertentu saja, walaupun sedikit yang kita berikan tetapi itu adalah dakwah.
Contohnya,seorang sahabat menasihatkan seorang kawannya membaca doa makan terlebih dahulu sebelum makan atau apa-apa yang baik (makruf) untuk melakukan kebaikan demi agamanya juga adalah dakwah dakwah. Walaupun kecil tetapi amat bermakna.

Berbalik pada kisah tadi, inilah antara contoh yang harus diikuti oleh mana-mana pemimpin, samada dalam organisasi, kumpulan, atau  syarikat. Kekadang seorang pemimpin itu ada juga dalam membuat silapnya, dan harus diperbetulkan.

Selain itu, kita juga sebagai blogger, contohilah perbuatan perdebatan atau perbincangan yang dilakukan oleh Tun dan Hilal dengan perbincangan yang ilmiah begitu. Maka,  haruslah berfikir dahulu sebelum kita melontarkan sebarang idea penulisan yang mungkin agak keterlaluan dalam sesuatu perbincangan. Selalu terjadi hal-hal sebini didalam ruangan politik. Mereka,  selalu menghentam antara satu sama lain dengan perkataan-perkataan yang kurang menyenangkan apabila dibaca, penuh dengan emosi.

Anda boleh baca bagi siapa-siapa yang belum membaca lagi:-

---> Soalan Tun Dr Mahathir
http://chedet.cc/blog/?p=718

Respon dari Hilal:
http://langitilahi.com/7734

Tun Dr Mahathir memberikan respon sekali lagi:
http://chedet.cc/blog/?p=726


p/s : ini adalah pandangan aku saja yang sangat teruja dengan perbincangan ilmiah begitu.


No comments:

Post a Comment