Wednesday, April 25, 2012

Hati Perlu Bersih Untuk Tenangkan Diri

Assalamualaikum w.b.t

Hidup yang tenang akan memberikan kita kebahagiaan berpanjangan. Andai diri dihurung masalah sekalipun tetapi diri masih boleh tersenyum. Menurut pakar psikologi menyatakan bahawa apabila seseorang itu senyum beribu-ribu otot akan melakukan kerja, dan selain itu, dengan senyuman ia dapat mengurangkan stress yang kita hadapi. Maka haruslah anda senyum selalu walau kepada siapa pun.

Bila kita senyum, kita juga memberikan kegembiraan dan kebahagian kepada orang yang menerima senyuman kita. Senyumlah dengan seikhlas mungkin. Janganlah anda senyum 'menggatai' pulak..hehe

Dalam Islam, memberikan senyuman itu adalah sedekaah, dan kita juga mendapat pahala dari perbuatan kita itu. Apa sekalipun perbuatan kita, ia akan berbalik kepada agama, adakah perbuatan itu bermanfaat kepada orang atau tidak?kita yang perlu fikir atas tindakan kita.

 

Orang yang kuat hatinya, walaupun dia dalam keadaan sedih sekalipun dia mampu tersenyum. 

 

Kalau nak tahu jugak, jika seorang tu melakukan perkara atau amal yang soleh dalam kehidupan dia, cara dia meninggal pun dalam keadaan TERSENYUM, nak tak kita dikalangan orang-orang yang soleh.

Maka, rajin-rajinkanlah diri kita memperbaiki kelemahan diri, bila di buat dan dilakukan setiap hari i.Allah ia akan menadi rutin kita seharian.

SELAMAT BERAMAL.

.

No comments:

Post a Comment